Friday, 6 July 2012

PEOPLE ARE AWESOME!!

btol,
manusia neh hebat..
kenapa aku tetiba nk ckp gitu?


aku peminat youtube tegar,
tiap ari masa aku byk dihabiskan tgk video kat youtube..
dan salah satu yg aku tertarik adalah video bertajuk 'people are awesome 2011'


dalam video neh,die tayang aksi2
hebat manusia yg kalau kite tgk kite akan tertanya
"bape jam sehari die berlatih?"
"xtakot ke dowg neh??"
"gila ah!"
atau 
"sah dowg gila"


aku ske aksi2 dowg sbb dowg buktikan,
dengan semangat,
keinginan,
latihan serta komitmen dowg,
kite semua sebenarnya boleh buat apa yang kite nk..


mmg aksi dowg ada yg amat berbahaya,
tp itu bkn soal pokok kat sini,
soal pokoknya,
kita sebenarnya mampu..

tiada yang mustahil didunia kecuali mengelak mati

Thursday, 5 July 2012

kembali bernafas..




ini lagu aku tuju khas untuk dia..sapa die,g la baca post2 aku sebelum neh..
promote2! hahaha..


sangat suka lagu neh,
ngan video yg aku rase agak baik..

TAK PERLU KU CARI BERIBU,KU AKUI KAMU YANG SATU,KAU BUAT KU RASA BARU...

Tuesday, 3 July 2012

hadis palsu rejab & syaaban

sebenarnya,
aku bukan la para alim,
atau seorang yg sangat baik..
tapi tahun neh,aku dapat tgk org ramai
da mula post dan share macam2 hadis tentang hadis
bulan rejab dan syaaban..

baiklah,
hadis neh bermakna kata2 dan perlakuan yang dibuat oleh NABI MUHAMMAD SAW.
jika kita mengada2kan perkara dan mengaitkannya dengan nama NABI,
maka kita da berdosa besar akibat dari perlakuan tu..

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka). -http://drmaza.com/home/?p=646
dari situ kte da jelas yang kita kena sangat berhati2..

di facebook aku,
aku ada dlm 900 friendlist..
dlm tu,ramai yg post tentang kebaikan melakukan ibadah2 tertentu dalam bulan rejab dan syaaban..
tetapi,mereka tidak melakukan kajian dahulu..
ya benar,
kite tahu tiap kata NABI adalah benar,
tetapi kite jangan lupa bahawa hadis palsu wujud..


jadi aku melakukan sedikit kajian aku,
dan aku menjumpai dua laman blog neh,

http://aizuddin.com/malam-nisfu-syaaban/
serta
http://drmaza.com/home/?p=646

disana,
ada diterangkan dengan terperinci tentang hadis2 sahih dan palsu bulan rejab serta syaaban..


antara yang menarik adalah

 Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu 
Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba- 
Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni 
semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang 
yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci 
membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain- 
lain).

 

 Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang 
kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian 
negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. 
Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang 
dinyatakan dalam nas. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, 
fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar 
Uli al-Nuha, Beirut).

baiklah,
aku bersyukur kerana aku diberi ilham dan keterangan dari ALLAH
agar aku tidak mudah percaya dengan post2 di facebook,
sebab tu aku mencari kesahihannya..


kawan2,
kite perlu sangat berhati2,
kite tidak tahu mengapa disebarkan hadis2 palsu ini melebihi hadis2 sahih..
ia berbahaya kepada akidah kite..

sesungguhnya aku insan lemah yang sentiasa memerlukan petunjukmu ya ALLAH..amin 

peniaga dan berniaga dan diniagakan?

hahaha..
3words hampir sama tp ada beza..
yg aku nk cte cma part peniaga je..haha


aku peniaga ialah aku..
aku seorang peniaga tegar,
aku meniaga nasi lemak dan juga kreativiti..


untuk pengetahuan semua,
aku meniaga nasi lemak di nilai,
location di simpang masuk anggerik berhampiran taman jati,
menghala ke USIM..
pergh,detail da bg,ape laie,
lai2!
hahaha


rutin harian aku ialah aku akan mula keluar berniaga jam 6.30 pagi,
untuk memasang meja dan kanopi,
mula meniaga sehingga jam 11pg..
dan kebiasaannya 
ALHAMDULILLAH
kami dapat menutup lebih awal kerana cepat habis..

plan seterusnya adalah aku nk kembangkan lagi
dengan menghantar nasi lemak siap bungkus ke kedai2 makan
di nilai.
kami da mulakan dengan 1 kedai,
dan permintaan meningkat tiap hari.
kami juga mengambil tempahan untuk majlis2 dan kenduri.
keutamaan kami sekarang,
kami ingin mengukuhkan label kami dan branding nasi lemak kami.
ia dikenali dengan nama

NASI LEMAK ANGGERIK (anggerik ialah nama taman perumahan aku)

ini cerita dan promosi,
pakej..ahahaha

YA ALLAH, SEMOGA KAU BERKATI REZEKI YANG DIBERIKAN DAN ENGKAU MELIMPAHKAN REZEKI DAN NIKMAT KEPADA KAMI. SEMOGA KAMI TIDAK AKAN MELUPAKAN DIKAU DAN TERPESONG DARIMU ATAS REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN..AMIN

aku duda dan itu hina ke?

aku ada persoalan,
apa hak kita menghina seseorang hanya kerana status duda?
ada anda tahu apa sebenarnya terjadi pada perkahwinan aku dahulu??
aku hendak nyatakan kat sini,
apa berlaku adalah satu takdir..


awak menyatakan kerana dahulu saya penah bercerai,
jadi tidak mustahil saya akan bercerai lagi?
sedar tidak awak da menjatuhkan satu hukum seolah saya wajib akan bercerai,
dan awak cop saya seolah saya tidak ada hati dan saya adalah malang..


itu takdir ALLAH!
aku mengakui aku ada silap,
dan begitu juga bekas isteri aku,
tapi apa yg berlaku sebenarnya adakah kau tahu??
JIKA SUDAH DITAKDIRKAN PERKAHWINAN PERTAMA AKU GAGAL,
ADAKAH AKU TIDAK LAYAK UNTUK MENDAPAT PERKAHWINAN KEDUA
DENGAN ORANG YANG AKU MAHU?
DAN ADAKAH AKU MEMANG TIDAK AKAN BELAJAR DARI KEJADIAN LALU?


persoalan pertama,
adakah awak mengenali saya dari hari pertama saya berkahwin?
adakah awak orang yg mengetahui segala2 nya tentang saya?


awak tidak kenal..
saya menghormati awak..
tp sayang,
awak tidak pandai menghormati org lain..
tidak kisah akan apa awak nk cakap,
tapi apabila awak memilih menyampaikan kepada umum 
ia adalah satu penghinaan terang-terangan..
awak tahu,
perlu kah saya membuka aib kisah saya dahulu demi nk bagi awak jelas????
ia satu dosa untuk saya membuka pekung org lain..


hei awk,
ini nukilan khas untuk awak..
saya tidak mahu masalah,
saya hanya nakkn keadilan bagi saya..
saya dihina awak,
saya dipandang serong awak,
kenapa saya peduli?
kerana awak dah membuat saya terluka dengan kata2 awak yang mengakibatkan saya kehilangan arah..


soalan saya


ADAKAH AKU TERLALU HINA UNTUK MENJADI SESEORANG DALAM KELUARGA AWAK SEHINGGA AWAK BERSUNGGUH HENDAK MEROSAKKAN HUBUNGAN?JIKA YA,BERIKAN ALASAN..DAN CUBA BERCAKAP DENGAN PARA ILMUAN.

RASA TERHINA!

Sunday, 1 July 2012

english day..hahaha

ok children,today i will blogging in english..
why?
because this is my blog and i like it..hahaha


actually i didn't know what i want to say today,
nothing interesting in my life lately..
have some like my love story,
but i don't feel like want to share about that today..


oh yea!
i have one,
about my injury..
yes,
i facing one serious injury on may,
because of futsal..
my injury is called ACL injury


that is our left knee from the back..
and i have the injury around my medial meniscus..
it happen so fast,
because of my mistake,
making a fast turn while my left feet static on the ground..

at that time,i feel very terrible pain,
and that pain felt like doesn't want to go away..
i didn't straight go to the hospital,
i just take a rest at home for 2month..

last week,
after 2month of that incident,
i'am starting to running,
and do some exercise,
but still i can't bend my leg,
and that make me have to do my prayers while sitting on the chair..
but,
i think i can start to play football again,
not to much,
just want to be sweaty..hehe

i go to the soccer field near my house,
i do some warm up,
then i play as a keeper..
but,
it last only 5minutes,
then suddenly when i try to dribble one player and kick the ball,
my left knee make an explosion sound,
not like a bomb,
just like "praaaAAAK"!
HAHAHA

me after injury,going to bukit jalil for kelantan vs sime darby FA CUP final..hehe

and,
that's the ending of my hobby,
i go to the hospital next day,
doctor confirm that i have to see ortopedics..
and the best part is,
he said 

" you can't play soccer for 6 MONTH"

sob3..
tears run down my face..hahaha
yes,
i felt sad..
very sad..

but its okay,
now i have one new hobby..
i want to build my body..hahaha
not to getting fatter,
but to reduce my weight and have some muscle..
wah..

ok, that all for today..
my first entry in english and the longest entry i ever post..hahahaa

I KNOW MY ENGLISH IS BAD..SOB3 

final euro 2012 + nasi lemak ??

YEAH,

that's the title..hehe
ari nie,kedai kat bangi order nasi lemak sebanyak 100 bungkus,
untuk diberi pada penyokong2 dan peminat bola semasa FINAL EURO 2012 berlangsung..
ape da bg mkn nasi lemak waktu tgk sukan..ahaha
xpe,rezeki..terima je ngan syukur..

so,malam neh aku anta,
n maybe tgk kat sana teros..

btw,aku penyokong ITALY kerana 6 dari 11 player barisan utama adalah dari JUVENTUS!!
yeah,aku peminat  JUVENTUS ,anti MU tegar..ahhahaa
pakai la korg baju kain pelikat..nah lagu ntok korang





hope korg terhibur!hahahaha

pakaian tradisional ley wat men bola pe..

aku hampir tiada makna

pergh!
jiwang sakan aku lately..ahaha


btw,aku ngah cuba go on ngan idup aku supaya aku xsunyi..
kalu btol die syg aku,die akan dtg..
kalu tidak,xguna aku nk meraung kn?


aku kna strong,neh bkn 1st time aku kna..
bkn 1st time aku ditinggal.. (2nd time actually)haha


aku akan bergerak dan bergerak,
dan sedia memaafkan tanpa memikirkan masa lepas..
nikmati hidup mcm dalam gambar neh

MELOMPAT LEBIH TINGGI!

pastu jatuh saket..ahaha..

tiada yang akan kekal melainkan ALLAH :)


Thursday, 28 June 2012

aku yakin ini bukan PENGAKHIRAN KITA

kata2 semalam mebuat aku menung sorg..
aku kecewa,sedih..


begitu mudah kau melepaskan,
seolah tiada rasa antara kita..


aku hanya nak kau tahu,
aku tetap akan ada disini menanti..

aku tetap tak kan berputus asa..

Tuesday, 12 June 2012

malaysia vs singapore vol2

GYEAHHHH!!

dendam berbalas,
malaysia buktikan kita jauh ag baik dari singapore,
kita buktikan xda team asia tenggara ley kalahkan kita ag..


game best,
malaysia main kemas,
tempo laju,
defensif mantap,
tengah berfungsi,
serangan ada sikit lacking tp still can get two goal..
so not bad la..ahaha


n ni dia penjaring gol team malaysia td!

 shakir ali!
safiq rahim!

TAHNIAH MALAYSIA @ HARIMAU MALAYA!!

Saturday, 9 June 2012

fav team kalah!

HAMPASGASLI!

cane ley kalah..
main da fancy abis,
peluang xnk berjuta plak kn,
finishing sampah gle!

geram aku tgk ROBBEN anak lelaki Robin tuh..
main nk sorg je..sama la AFELLAY..
SNEIJDER gak best,passing abis gempak..

hope game pasni ley menang ngan PORTUGAL
and GERMANY..

please..please..please..
jangan ilangkan mood nk tgk EURO 2012 aku awal2..ahahahaha


  ORANJE

Friday, 8 June 2012

Malaysia vs singapore

jam 7.45 mlm,
8 jun 2012.

kenangan paling buruk aku rasa,
bukan sebab team malaysia kalah (seri 2-2)
tapi sebab aksi REFREE!

refree dari hongkong tuh 
betol2 wat org malaysia berapi.
kita leading 2-0 sampai minit 85 
bila tiba2 singapore dihadiahkan sepakan penalty paling pelik dalam sejarah aku tgk bola.
bola 50-50 antara qiu li dan khairul fahmi,
then khairul lebih cepat kuis bola dengan kaki die,
qiu li xsempat brake,langgar khairul fahmi n menonggeng,
then 

PRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIITTTTTTTTTTTTTTTT!!!!

bunyik wisel dari refree kata khairul fahmi foul n bg penalty??
ref!
khairul sepak bola,
tanpa aksi bahaya,
ape masalah??
ape hal penalty???

ok,
1hal..
then penalty tu disepak Qiu Li,

SAAAAAAAVVVVVVVVVVVEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!

khairul save bola!!!

then aidil jerit,

YESSSSSSSSSSSS!!!!

PRITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!! refree berbunyik ag,

bg kad kuning kat aidil,
sbb jerit yessS???
then bg freekick,
kat position aidil jerit???
dlm kotak??

ref!
ape masalah jerit yes?
camtu kalu ada player jerit yes ble goal,
jerit yes ble coach panggil,
jerit yes ble keeper save bola,
sume kna bg kad,
n kuakan peraturan yg sebut YES itu haram dan foul!

sumpah aku xpuas hati ngan aksi refree...

hangin satu badan!

kampus.my

wah,
ada social network baru..
aku da ada akaun die..


notbad,
senang nk explore.
mcm twitter + fb,
ley twit and post comment.
page pown simple.
tp payah nk follow org len,
aku xtaw guane..ahahaha


meh la join skali,
siyez aku rase notbad bnda neh.

http://kampus.my/alepadon/tab:info


Itu akaun aku eh,
jgn hack please..ahahaha 

aku ada,kau ada lebih.

subhanallah..

aku selalu terlupa,
aku selalu melupakan,
aku selalu mengabaikan..


yup,
pabila aku mengingat satu persatu kesah idup aku,
aku akan menangis,
aku akan menyalahkan diri aku,
aku akan rase aku la paling terok skali!


tapi aku terlupa,
bila aku jatuh,
mesti akan ada yang jatuh lebih sakit..


aku trjumpa 1 entry blog,
kisah cinta seorang kawan @ sahabat aku..
berlainan dengan kesah cinta yang pernah aku baca,
penah aku lihat,
dan penah aku alami..


segalanya bermula 
dengan baik,
hubungan 5tahun yang bahagia,
berakhir dengan tanda tanya..
ya,
tanda tanya..


aku menangis membaca kisah die,
pertama kali aku menangis membaca kesah cinta manusia biasa,
selepas kisah para nabi..


aku kagum dengan ketabahan die,
aku kagum dengan kehebatan hati die,
dan aku kagum dengan die..
tapi sayang,
tiada yang benar2 menghargai die..


skarang,
aku ada 2sahabat,
yang mempunyai kesah cinta yang hebat..
seorg penuh kesakitan dan ketabahan,
seorang penuh dengan fantasi realiti..


semoga kesah mereka menjadi pedoman bagiku,
dan pengajaran agar aku belajar..

hidup kita singkat so jangan sia2 kan

Thursday, 7 June 2012

DesignSterProject

its officially LAUNCH now!


ini adalah 1 projek khas dari aku..
da lama mengidam benda neh..


projek neh dipanggil DesignSterProject.
tujuan penubuhannya ialah untuk aku memaksimumkan
kreativiti aku,disamping aku nk menambah pendapatan aku.


melalui Projek neh,
orang ramai boleh meminta khidmat aku,
ntok design Logo,T-Shirt,Button badge atau business card.
setiap job akan dicaj,
mengikut kepada ciri2 hasil kerja..


seperti baju,
akan dikira dari beberapa faktor seperti :


1-jenis baju (roundneck,v-neck,F1,jacket etc)
2-jenis kain (cheap,medium,Best)
3-kuantiti (small quantity = price high, big quantity = very low price)
4-saiz design (A4 or A3)
5-color (1 color/2 color/ber kaler2)


dan perlu diingatkan,
harga yang diberi adalah harga terbaik untuk sebuah project dimana 
aku belum lagi mempunyai peralatan untuk 'print' sendiri baju.


yang pasti,harga dan kualiti produk memuaskan hati.

derma organ

erm....
erm....
erm....

ape korg rase about topik neh?
ada x korg rase "derma organ? eeee,xsanggup!"
atau korg rase "itulah impian aku"

baiklah,
aku seorang yg pelik,
aku ske pada benda yang unusual,
tp xla sampai melanggar batas kn..
maksud aku unusual tu,
aku ske wat benda yang lari dari kegemaran org,
tp still ada yg sama macam futsal etc..

salah satunya,
aku dari kecik mmg impikan nk menderma organ selepas aku mati..
yup,
its bit shocking for my family and kwn2 aku.
aku igt ag masa PLKN,
fasilitator suh sume listkan 5 perkara yang menjadi impian.


list aku :

1- bungee jumping
2- *lupe
3- *lupe lagi
4- *lagi2 lupe
5- DERMA ORGAN SELEPAS MATI

lepas je aku baca benda aku listkan,
1 platoon pandang aku ngan wajah yg mcm2..ahaha
then terdengar 1suara,
die mempersoal niat aku,


"mana ley wat camtu,kita pinjam je badan kita neh,kena la pulangkan semula sesempurnany."


aku menjawab,


"bagi aku,dunia ini miliknya,xkn kemana organ kita neh kalu xbalik kepadanya 1hari nanti"


kemudian ia jadi isu kat platoon aku..
2tahun selepas tu,kerajaan lancarkan 1 kempen kesedaran pendermaan organ..
ulamak ramai menyatakan ianya 1 perbuatan terpuji,
sepertimana kita menderma darah.
kita menyelamatkan nyawa,

Menurut ulama  terkenal, Syeikh Yusof al-Qaradhawi, pendermaan organ terangkum di bawah satu daripada tiga amalan yang akan memberikan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia. Beliau mengkategorikan perbuatan menderma organ sebagai sedekah jariah. Beliau juga berhujah mengenai keharusan pendermaan organ dengan mengatakan bahawa daripada dibiarkan jasad dimamah tanah selepas kematian, adalah lebih baik organ yang boleh digunakan itu didermakan bagi tujuan menyelamatkan nyawa orang lain. (sumber dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/252-pengetahuan-am/7610-pendermaan-organ-menurut-perspektif-islam.html)

tetapi,
baru2 neh ada seorang ustaz melabelkan ianya sebagai HARAM.
totally,
aku tidak bersetuju.
alasan dia perkara itu macam kita xmemulangkan ape yg kita pinjam dengan sempurna.


tetapi,
aku tetap percaya pada fatwa kerana ianya disepakati oleh sekumpulan ulama,
berbanding kata dari seorang ustaz.
bkn memandang rendah padanya,
tetapi setiap manusia ada pandangan masing2,
dengan tahap ilmu yang berbeza.
jadi itu pandangan beliau,
dan mungkin berdasarkan tahap ilmu yang beliau ada.
para ulama lain juga ada tahap ilmu mereka,
dan mereka sekumpulan,dan mereka bersetuju.
jadi adalah lebih baik begitu.


aku juga bersetuju,
bahawa menderma organ ini baik sebenarnya.
aku da mendaftar.


"semoga semua org yg rapat denganku dapat menerima."


my lover..

yeah2..
korg maybe bosan ble tgk tajuk da tahu aku nk cte mende..
yes!
u are right!
aku nk cte pasal someone i used to call 'sayang'..


nama die aku just letak ayni je la eh,
aku panggil tuuuuttttt,
mak die panggil ani,
jiran2 panggil hoi,
kawan aku panggil 'ayni!angkat kaen jemuran'..


die baru 19tahun,
sebaya adik aku,
yg paling terbaik bithday adik aku 

28 december 1993

dan die

22 december 1993

haha..yes,tua seminggu je ngan adik aku..

 



yup,ini lah die..
die sangat matang dari usia sbnar,
aku tahu sbb aku knal die..

masa mula,
ramai ckp macam2,sbb die 1st aweks aku yg freehair..
tp die bley aku kategorikan lebih baik dr pnah aku knal sbelum neh..
die ada usaha dia dan aku support sentiasa..

knal melalui fb,
aku xsangka akan jd pilihan dr kalangan 2000++ friend lelaki die yg ari2 duk ngusha die..ahaha
bkn riak,tp just bersyukur..

jangan tanya ag ble nk kawen,
aku nk bg die masa untuk fokus lebih kat diri die dlu..
die ada parents,biarlah die senangkan dowg dlu..
kawen ley kemudian kalu kitorg bersabar..

ayni,i hope u can be my wife someday..doa2kan lah kami k..insyaALLAH..

Wednesday, 23 May 2012

kita yang xbersyukur atau kita xdapat cukup lagi?

hahahaha..
post ni,
agak politik sikit..


ape aku nk cakap ni,
berkaitan isu semasa yg duk kecoh,
pasal politik la pe ag..


nk wat camne,aku duk kat negara
yang politikny adalah KEHIDUPAN..
(sarcasm but its true!)


pemula langkah (ceeewwwwwwaaaaaaaaH!)
aku nk sentuh berkenaan isu yg didebatkan semalam..
PTPTN!
ok,
aku adalah bekas pelajar,
berpendidikan diploma dan penah belajar di
3 kampus uitm yg berbeza (shah alam,jengka dan dungun)
kenapa?
ok itu bukan topik,aku xnk jawab..ahahaa


aku ambik PTPTN
masa aku berumur 18 tahun 4 bulan,
ketika belajar di UiTM Shah alam,
dengan jumlah keseluruhan RM 15000.00 hutang...


aku ketika tu,mmg xde fikir da utang2 ni,
aku happy sbb dapat duit woi!
padahal hutang je pown..
setiap sem aku diberi RM 2500.00
untuk perbelanjaan semester aku..
tp tahu ape jadi?
mcm bese,
normal la sume org (mksud aku STUDENT)
dapat duit belanja BELAJAR,
dibuat duit belanja harian...


so duit abis before abis sem,ada lak abis dlm seminggu!
so,mula la rase terbeban,rase menyesal,
dan rase marah nape aku kena berhutang???


ok,itu dulu,
skang x lagi..dan aku syukur dapat duit pinjaman sbb aku da ley abiskan study..


tp aku pelik,
nape skang dibangkit isu pelajaran percuma???
apakah negara kita menuju ke arah kemiskinan?
kemiskinan akhlak mungkin,
tapi kita makin kaya duit..
buktinya,
negara kita bukan lagi berpaksi
ekonomi dari pertanian lagi,
tapi industri berat..
kadar kemiskinan kita da semakin berkurang,
yang mana kita da bukan lagi digelar negara maju ke 3..


tapi nape skang baru nk mintak pelajaran percuma?
kita da ada subsidi dalam semua benda,
makanan,minuman,pakaian,kenderaan,tempat tinggal..
xcukup lagi ke???
nape nk samakan negara kita dengan FINLAND??
TAHU TAK KADAR CUKAI YG PERLU DIBAYAR PENDUDUK DIA???
50%!!!!


berfikir sebelum bercakap..
mmg pendidikan die percuma,
tp cuma itu sahaja kelebihan die mampu beri..
yg lain2,kita mendahului dia..
nape?nak jadikan kita negara sempurna??
sekaya2 arab saudi xmampu jadi negara sempurna..


kalau nak bagi duit percuma je kat rakyat,
boleh jadi la permasalahan utama kat negara2 arab skang..
ank muda da xnk berkerja,
sehingga kadar penduduk asing dia melebihi kadar yg ada kat negara kita..
nasib baik die amalkan sistem pemimpin dikalangan raja,
takde pilihanraya..
kalu x,sape nk mengundi?ahahaha


negara kita xsekaya negara lain keliling kita,
tapi kita ada kerajaan yang bagi aku bijak,
dalam mengurus kewangan..
buktinya,
walau kita ag miskin dari brunei dan singapura,
tapi kita ada pelbagai kemudahan setaraf dowg..
sebab kerajaan kita da usaha untuk bantu kita..


SSPN ada,
itu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat..
ada dowg2 neh melabur kat situ?
semua nk mcm magic,
petik jari gedebuk! dapat depan mata..


ahdoi..
come on malaysian..
i'am muslim,
i'am malay,
i'am malaysian..
segala tuduhan terhadap kerajaan aku xtahu kebenarannya..
yg pasti,
aku nampak ape yg da diusahakan untuk kehidupan aku sebagai rakyat,
yang hanya dari keluarga peniaga nasi lemak guna payung tepi jalan,
berjaya ke hari ini..

aku bahagia,
aku ada agama,
aku ada keluarga,
aku ada kerja,
aku ada masa depan..
do u?
i'am sure you have all of that.. then,what are you expecting more from your leader?
ask yourself,what you ever done to help them?

DI AWAL

ASSALAMUALAIKUM WBT

Okay,
pengenalan entry..
xyah cte panjang,xyah ngarut byk2,
just nk inform,
blog ni tempat luahan rase aku,
aku xkn carut,
xkan ckp lucah2,
so comment haruslah begitu..
setiap entry mmg akan ada setuju dan xsetuju,
so aku xksh ada komen membina dan tidak,
menyokong dan menghentam,
tetapi biarlah dengan cara BERBUDI BAHASA..

aku alep,
aku pemilik laman blog ni,
aku ada pendapat,
dan korg pown sama kn..

harap dapat enjoy,
dapat fahami,
dapat pelajari sebarang entry aku post..

itu je..
bye..